
...Hingga kini, masih ada pihak menyalahgunakan ayat-ayat al-quran mencampur adukkannya dgn jampi serapah dan budaya tahayul...
...Islam secara dasarnya mengaruskan penggunaan ayat suci al-quran bagi tujuan perubatan .Bahkan islam melihat perubatan sebagai sesuatu yg positif selagi ia tidak berlawanan dgn syariat Islam...
...Kita diharuskan menggunakan dan berdoa dgn ayat-ayat al-Quran ataupun doa-doa ma'thur lain yg disebut Rasulullah SAW dan hendaklah kita yakin, apa yg kita baca tidak memberi kesan yg secara langsung, tetapi Allah yg memberi kesan...
...Dlm perubatan Islam, penggunaan doa yg diamalkan Rasulullah dan sahabat adalah digalakkan. Tetapi dlm perubatan melayu tradisional, penggunaan ayat al-Quran dan doa adakalanya menyeleweng apabila ia dikaitkan dgn unsur-unsur ghaib...
...Kadang2 dlm masyarakat terutama dimalaysia, didorong untuk berubat secara traditional dgn menyelitkan ayat2 al-Quran. Kadang-kala bomoh itu kita lihat menggunakan al-Quran...Tetapi malangnya kadang2 bacaan yg dibacapun tidak jelas, bahasa pun tidak tepat...
...Kita tak boleh menggunakan bahasa lain didlm doa, serapah atau jampi dan sebagainya,kalau takmengerti bahasa itu. Dibimbangi akan berlaku syirik...
...Sewaktu mengubat pesakit, dukun dan bomohjuga sering mendakwa bahawa mereka didampingi oleh wali Allah, panglima dan nenek moyang...
...Kita umat Islam dilarang memohon selain dgn Allah, tidak kira ada berhala, tempat keramat atau org sudah mati dgn sebagainya. Dan inilah yg membezakan perubatan Islam dgn perubatan bukan Islam...
...Perbuatan menyeru makhluk halus dan roh org mati dgn menggunakan kemenyan sewaktu berubat adalah perbuatan khurafat yg boleh merosakkan kaidah...
...Kita tidak boleh menggunakan peralatan kemenyan. sebenarnya kemenyan satu peralatan yg biasa digunakan org dahulu kala untuk memanggil org halus, hantu jembalang dan sebagainya. Bagi tujuan menggelakkan bala dan penyakit, tangkal tertentu digunakan kerana dikatakan mempunyai kuasa melindungi diri. Pada objek tangkal tu ada kuasa melindunginya. Pada hal yg melindunginya adalah Allah...
Wallahualam...

No comments:
Post a Comment